Tuduhan mencabul C. Ramanathan

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun terhadapnya bagi kesalahan mencabul dua atlet bawah umur pada 1992.Beliau meminta Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasanya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 untuk menyemak keputusan itu yang beliau dakwa telah berlaku kesilapan mahkamah.Peguam belanya, Karpal Singh.Hakim menyediakan alasan penghakiman bertulis.

Ramanathan dipenjarakan di Penjara Kajang selama 4 tahun ekoran keputusan Mahkamah Sesyen pada 1996. Mahkamah Sesyen pada 8 Nov 1996 menjatuhkan hukuman penjaran 4 tahun kerana mencabul atlet remaja di bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur antara 23 Oktober dan 27 Oktober 1992 antara jam 9 dan 10 malam. Kedua-dua hukuman diperintah dijalankan serentak.

Atlet tersebut berumur 15 dan 16 tahun, ketika itu sedang menjalani latihan berpusat bagi Kejohanan Olahraga Remaja Asia di New Delhi, India.[1]